KL Zombie 2013 Full Movie Online

DOWNLOAD THIS MOVIE  - CLICK HERE

Classification: U

Genre: Action / Comedy / Horror
General Release Date: 29 Aug 2013
Running Time: 1 Hour 37 Minutes
Distributor: Primeworks Studios
Cast: Zizan Razak, Siti Saleha, Iedil Putra, Zain Hamid, Azhan Rani, Izara Aishah
Director: Ming Jin
Format: 35MM, 2D
Rating: 6/10

REVIEW:

KL Zombie (2013) DVDRip adalah adaptasi daripada sebuah novel terbitan Fixi yang ditulis oleh Adib Zaini bertajuk “Zombijaya”. Ini adalah filem pertama mengkhususkan mengenai zombie yang diterbitkan dalam Malaysia setakat ini. Pengarahnya, Woo Ming Jin, mempunyai target tersendiri dengan filem bergenre seperti ini. Bagi pengarahnya, filem KL Zombie (2013) ini adalah sebuah masterpiece yang ada kelasnya tersendiri. Ia membawa sebuah genre dan nafas baru dalam dunia perfileman tanah air.

Tetapi, bagi admin, movie seperti ini memang mempunyai nafasnya tersendiri. Namun, jalan ceritanya masih lagi tipikal dan sama seperti jalan cerita movie-movie lawak bodoh yang berlambak di luar sana. Admin beranggapan mungkin pengarah tidak dapat mengangkat movie ini 100% sama seperti jalan cerita yang terdapat di dalam novel asalnya. Ini mungkin jalan cerita novel lebih kepada sebuah dunia yang dibayangkan oleh pembaca, berbeza dengan filem, sebuah dunia yang digambarkan dengan gambaran filem dan penonton menghayatinya. Jadi, perlulah pelakonnya juga menghayati filem ini dengan membawa lakonan yang sangat berkesan dan penuh penghayatan. Kegagalan pelakonnya menghayati watak yang dilakonkan akan menyebabkan kegagalan penonton menghayati jalan cerita yang dihidangkan. Hasilnya, penonton akan menjadi bosan sekiranya lawak yang sama diulang-ulang berkali-kali di dalam filem ini.

Pengarah harus menekankan babak yang ada agar tidak berulang sehingga menyebabkan audiens bosan. Garapan jalan cerita sudah menarik namun kesimpulan pada klimaksnya agak tipikal di mana ubat Bro Khalid yang entah hapa-hapa itu pula menjadi penyelamat kepada seluruh warga Kuala Lumpur yang telah bermandi darah zombi. Lebih jujur jika saya katakan gambaran zombie yang sebenar bukan seperti dalam filem ini. Watak zombie yang dihidangkan kurang penghayatan oleh pelakonnya. Namun, suasana lengang ibu kota Kuala Lumpur telah membuatkan satu keunikan filem KL Zombie (2013) ini. Disitu terletaknya kelebihan yang ada pada filem ini.

Tanpa persembahan suasana sunyi dan lengang itu, ia tidak akan berjaya menghidupkan suasana thrill dalam filem ini. Jarang bagi saya yang tinggal di KL ini untuk melihat ibu kota tercinta ini lengang. Pembawakan watak Nipis oleh Zizan dilihat sangat memberangsangkan. Walaupun lawak yang dibawa hanya diulang-ulang, namun usaha Zizan untuk menghidupkan filem ini daripada terus mati tanpa naratif berterusan dilihat amat bagus dan hebat sekali. Zizan berusaha sungguh untuk menjayakan filem ini. Sesungguhnya filem ini, meletakkan 100% kejayaannya pada watak Zizan disamping dibantu oleh watak seorang kanak-kanak kecil yang sangat banyak membantu menghidupkan suasana. Tanpa kanak-kanak itu dan tanpa Zizan, filem KL Zombie (2013) tentu mati.

Admin berikan 6/10 kepada filem ini kerana usaha dan gerak kerja yang cuba dihidangkan adalah segar walaupun naratif pertengahannya adalah sangat tipikal dan klimaksnya seperti orang tiada idea membuat filem. Sesungguhnya, tanpa Zizan, filem ini layak di zombiekan atau di zombabikan sahaja…. Sememangnya aura lakonan yang dibawa Zizan telah menghidupkannya dengan dibantu oleh kanak-kanak lelaki kecil yang bergandingan dengan Zizan sebagai watak utama.

Tahniah buat krew KL Zombie (2013) atas usaha kalian! Malaysia menghargainya dengan memberikan jumlah pungutan 2 juta ringgit Malaysia! Semoga pengarahnya dapat mengambil iktibar daripada kegagalan naratif filem ini dan memperbaikinya di masa akan datang.