Astro First menerusi saluran Astro First Ekslusif memulakan tahun 2014 ini dengan mempersembahkan sebuah Filem Televisyen (FTV) berdefinisi tinggi berjudul ‘Qadr’.
Menariknya filem bercorak thriller arahan Faisal Ishak itu merupakan sebuah kisah benar yang diadaptasi daripada pengalaman yang dilalui oleh Ketua Pemerolehan Pengkomision Premium dan Media Baru Astro, Saniboey Mohd Ismail.
Menurut Faisal dia berminat dengan cetusan idea Saniboey kerana supertelefilem ini menjadikan kemalangan ngeri di jalan raya sebagai subjek utama dan ia merupakan kejadian sebenar.
“Saya juga pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama ibu dan bapa saya beberapa tahun lalu, syukur Alhamdulillah saya terselamat. Saniboey pula terlibat dalam kemalangan ketika pulang dari Kelantan bersama isterinya.
“Walaupun pengalaman kami itu tidak sengeri yang dipaparkan dalam ‘Qadr’, tetapi berdasarkan pengalaman yang dilalui supertelefilem ini dapat dihasilkan.
“Qadr bukan semata-mata aksi ngeri tetapi turut berintipatikan tentang apa yang berlaku kepada kita dan reaksi kita apabila berdepan kejadian tidak diingini,” katanya pada sidang media Qadr di GSC, The Garden baru-baru ini.
Dalam pada itu Faisal turut berkongsi cabaran menghasilkan ‘Qadr’ iaitu ketika babak bas diterbalikkan.
“Memang agak sukar untuk merealisasikan adegan kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah bas ekspres kerana kami terpaksa mencari bangkai bas untuk diterbalikkan.
“Lebih mencabar lagi apabila pihak produksi terpaksa mencari rangka bas tersebut di semua tempat sehingga kami menjumpainya di Pulau Pinang dan menundanya ke sini (Kuala Lumpur).
“Kos menunda bas tersebut lebih mahal daripada harga sewa rangkanya…Tapi bila dah dapat bas, nak terbalikkan pun satu hal pula…Kami ambil masa tiga jam untuk terbalikkannya menggunakan kren,” ujarnya.
Bagaimanapun menurut Faisal dia teruja dan bersyukur kerana adegan tersebut menjadi dan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku.
‘Qadr’ yang menjalani penggambaran di Lebuhraya Guthrie pada tahun lepas menampilkan barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairi, Zahiril Adzim, Sheira Ayob, Tengku Hani, Zain Hamid dan ramai lagi.
Ia mengisahkan tentang enam watak utama yang bertemu selepas terlibat dalam kemalangan ngeri yang mengorbankan sebilangan nyawa dan bagaimana mereka melalui hari-hari selepas insiden terebut.
Kepada anda semua, jangan lupa saksikan ‘Qadr’ yang bakal ditayangkan di saluran Astro First Ekslusif pada 16 Januari ini.
Untuk menonton, langgan Qadr di Astro First
Filem Astro : Qadr (2014) HDTV tonton online
Best Related Articles:
About The Author
Unknown
Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Labels:
All Movie amp; Drama,
Malay Movie,
Video
Popular Posts
-
Kelas 3 Merah teruja apabila video mereka memenangi pertandingan yang menawarkan hadiah percutian ke Amerika Syarikat. Kegembiraan ini bertu...
-
Kamal yang jatuh hati kepada Lisa sukar untuk mendapat perhatian gadis idamannya itu, meminta pertolongan hantu bekas penghuni apartmennya. ...
-
Mengisahkan pelbagai kisah di Pelangi Resort kepunyaan Pak Long yang meninggal dunia dan mewasiatkannya kepada Dewi. telemovie Pelangi I Lov...
-
Luna meneroka Gua Tempurung seorang diri dan pada waktu itu berlaku gempa bumi yang kuat di Indonesia. Luna hilang beberapa hari dan Emran m...
-
Astro First menerusi saluran Astro First Ekslusif memulakan tahun 2014 ini dengan mempersembahkan sebuah Filem Televisyen (FTV) berdefinisi ...
-
balistik full movie Balistik (2014) Action | Drama | Thriller – 9 January 2014 (Malaysia) Your rating: -/10 (awaiting 5 votes) Reviews: writ...
-
ilem Bikers Kental mengisahkan Bidin Al Zaifa (Zizan), cukup meminati motosikal berkuasa tinggi. Dia bekerja di garaj motosikal milik sepupu...
-
Sinopsis Sekali Sayang Cerekarama TV3. Gamal dan Safiya yang berkahwin pada usia mudia mempunyai dua orang anak iaitu Aina dan Alif. Safiya ...
-
download - klik sini Balada Pencinta mengisahkan tentang kisah cinta terlarang di antara bekas kongsi gelap Amir (Johan Asari) yang ingin me...
Find us on Facebook
Find us on Google Plus
Labels
- Alam Maya
- All Movie amp; Drama
- Ariana Rose
- Asmara Luna
- Benci vs Cinta
- Bukan Kerana Aku Tak Cinta
- Diandra
- Hindi Movies
- Istidraj Cinta
- jika itu takdirku
- Jodoh Itu Milik Kita
- Kampung Girl
- Ke Korea Ke Kita? (TV9) 2014
- Ku Cinta Kau Seorang
- Live Streaming
- Love You Mr.Arrogant
- Maharaja Lawak Mega 2013
- Malay Movie
- Malay TV Series
- Menjinak Ombak
- Playboy Itu Suami Aku
- Projek Memikat Suami
- Sahabat
- Sebenarnya Saya Isteri Dia [SSID]
- Tele-movie
- Upcoming Movies
- Video