Konsert Solo Hafiz - Tonton Full Movie Online

Penyanyi Hafiz Suip bakal mengadakan konsert sulungnya pada 3 Jun ini di Dewan Filharmonik Petronas pada jam 8 malam.
Lebih istimewa, konsert ini akan berlangsung untuk satu malam sahaja dan akan menampilkan artis popular tanah air sebagai penyanyi undangan.
Tiket untuk konsert itu juga khabarnya laris dijual kerana sehingga kini sebanyak 80 peratus tiket sudah habis dijual dan baki 20 peratus lagi masih dibuka untuk jualan kepada umum.
Dalam perkembangan lain, Hafiz juga akan melancarkan album terbaru pada pertengahan April ini yang memuatkan 10 buah lagu baru termasuk tiga lagu yang dirakamkan di Indonesia. Album ini menampilkan single pertama 'Bahagiamu Deritaku' yang kini hangat diputarkan di corong-corong radio.