Tonton Telemovie JAUH 2013 Full Movie Online

Jauh mengisahkan Syafika atau Ika yang telah bertunang dengan Zahar atas kehendak keluarga. Kerana tidak suka dengan jodoh yang ditentukan oleh keluarga, Ika cuba melengah-lengahkan tarikh perkahwinan.

Ika bertindak melawat keluarga ibu saudaranya di luar negara. Di sana Ika bertemu dengan Fikri. Saat hati keliru diamuk resah, pertemuan tidak terduga dengan Fikri bagaikan satu mimpi indah. Dia jatuh cinta pandang pertama dengan Fikri. Ika kembali ke tanah air dan memutuskan pertunangan dengan Zahar. Bagai telah dijangka, keputusannya itu mendapat tentangan hebat daripada keluarga.

Dia disisih oleh keluarga sendiri, disindir, dimaki, diherdik, malah dipukul. Dia sabar. Demi menjaga maruah, Ika terpaksa melupakan segalanya dan kembali ke alam nyata. Dia mesti membuang jauh-jauh lelaki yang pernah singgah di hatinya itu. Tahun silih berganti. Bertahun berpisah dan tanpa terduga… takdir akhirnya mempertemukan mereka semula.

Selepas 2 tahun, Fikri kembali dalam hidupnya dan cinta dan kasih kembali bertaut. Malangnya, hubungan murni itu sekali lagi mendapat rintangan.